suria

Zuckerberg Hubungi Obama Bidas Amalan Pengawasan Elektronik AS

Mark Zuckerberg.
SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg pada Khamis membidas amalan pengawasan elektronik kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan berkata beliau telah menghubungi Presiden Barack Obama untuk menyuarakan kekecewaannya berhubung perkara itu.

"Apabila jurutera kami bekerja keras untuk memperbaiki tahap keselamatan, kami menggambarkan kami melindungi anda daripada sebarang ancaman jenayah, bukan kerajaan kita.

"Saya telah menghubungi Presiden Obama untuk menyuarakan kekecewaan saya mengenai kerosakan yang cuba dilakukan kerajaan terhadap masa depan kita," katanya dalam satu entri di laman Facebooknya.

Zuckerberg, 29, berkata malangnya, proses itu mengambil masa yang sangat lama untuk melakukan pembaharuan sepenuhnya.

"Presiden telah berbual dengan Mark Zuckerberg mengenai laporan di dalam akhbar mengenai dakwaan aktiviti pengawasan elektronik oleh agensi risikan AS," kata seorang pegawai Rumah Putih.

Mark Zuckerberg, FB, AS

Artikel Lain