KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Taiwan pada 9.12 malam Isnin. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa itu berpusat 129km tenggara Keelung, Taiwan dan 2,017km timur laut Kudat, Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, katanya.