suria

Tiga Lagi Maut Terlebih Ambil Dadah

SEORANG warga Singapura dan dua dari Indonesia rebah dan meninggal dunia ketika menonton konsert Festival Trance Music di Jakarta kerana mengambil dadah secara berlebihan, lapor China Press.

Insiden itu berlaku dua hari selepas enam remaja maut kerana mengambil methamphetamine di konsert yang sama di Kuala Lumpur.

10 pengunjung lain masih dirawat di hospital.

Di Jakarta, ketiga-tiga mangsa menghadiri konsert muzik bertemakan “A State of Trance”  di Pantai Ancol pada Ahad.

The Daily memetik seorang pegawai polis sebagai berkata, mangsa yang maut terdiri daripada Chua Wen Hu (Singapura), 26, manakala dua remaja Indonesia yang namanya tidak didedahkan masing-masing berusia 18 dan 19 tahun.

Difahamkan ketiga-tiga remaja itu mengambil dadah sebelum menghadiri konsert tersebut.

Mereka turut mengambil vodka yang dicampur dengan minuman lain.

Keluarga Chua mendakwa remaja tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung.

Fetival Trance Music, Jakarta

Artikel Lain