suria

Ibu Bunuh Anak Kerana Syak Mangsa Gay

Jessica Dutro

SEORANG ibu dihadapkan ke mahkamah di Oregon, Amerika Syarikat kerana dituduh memukul anak lelakinya yang berusia empat tahun sehingga mati selepas  mengesyaki mangsa mirip seorang gay.

Jessica Dutro dari Portland, Oregon, didakwa memukul anaknya Zachary Dutro Boggess hampir setiap hari sehingga mangsa mati pada Ogos, 2012.

Hakim yang mendengar pertuduhan itu turut meneliti bukti daripada mesej Facebook yang dihantar Dutro kepada teman lelakinya yang memberitahu dia bimbang dengan tindakan mangsa yang bercakap dan berjalan seperti seorang gay.

Wanita itu turut menulis mesej bahawa dia marah dan telah menghukum anaknya.

Zachary dipercayai maut kerana mengalami kecederaan pada tubuh badan akibat didera hampir setiap hari oleh ibu kandungnya.


 

Portland, Oregon

Artikel Lain