suria

Yingluck Bela Diri Di Hadapan Agensi Pencegahan Rasuah

Yingluck tiba di pejabat NACC, Bangkok pada Isnin.
BANGKOK: Perdana menteri sementara Thailand Yingluck Shinawatra pada Isnin membela diri terhadap pertuduhan mengabaikan tugasnya berhubung skim subsidi padi yang bermasalah, di hadapan agensi pencegahan rasuah di sini.

Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negara (NACC) sama ada mencabar keterangannya atau sebaliknya akan menentukan masa depan politik Yingluck kerana pencabaran itu akan memaksa beliau meletak jawatan.

Yingluck, yang dituduh mengabaikan peranannya sebagai pengerusi jawatankuasa dasar beras, membuat pembelaan diri secara lisan dalam tempoh tidak sampai 30 minit di hadapan agensi itu.

Para peguam beliau turut mengemukakan beberapa kotak dokumen sebagai sebahagian daripada usaha membela diri Yingluck.

NACC akan bermesyuarat pada Selasa untuk menimbang bukti itu sebelum membuat keputusan sama ada mencabar Yingluck atau sebaliknya.

Sekiraya NACC memutuskan ada bukti yang mencukupi untuk mencabar keterangan Yingluck, maka Dewan Senat akan memainkan penting penting dalam menentukan nasib beliau.

Ini menjadikan keputusan pilihan raya Senat pada Ahad sangat penting kerana ia menentukan pihak mana yang bakal menguasai Dewan Senat.

Proses mencabar keterangan itu boleh mengambil masa beberapa minggu dan keputusan untuk memecat Yingluck memerlukan sokongan undi tiga perlima senator.

Bagaimanapun, jika Yingluck dipecat daripada jawatannya, ia tidak akan menyelesaikan masalah politik di negara ini kerana penyokong kerajaan yang dikenali sebagai Baju Merah, akan menghadakan bantahan dan tunjuk perasaan di jalan raya.

Pengkritik skim subsidi padi, program yang belum melunaskan bayaran berjumlah lebih 100 bilion baht kepada beratus ribu pesawah kerana ketiadaan dana, berkata skim itu melibatkan banyak perbuatan rasuah dan hanya menguntungkan orang tengah bukan pesawah seperti yang sepatutnya.

Sementara itu, kerajaan tidak mampu menambah dana untuk menjelaskan bayaran kepada pesawah kerana kuasanya yang terhad sebagai kerajaan sementara.

Artikel Lain