suria

Wartawan AP yang Tercedera Di Afghanistan Diterbangkan Ke Jerman

Foto dari fail menunjukkan jurugambar Associated Press (AP), Anja Niedringhaus (kanan) dan wartawan AP, Kathy Gannon. Niedringhaus, mati terbunuh manakala Kathy cedera parah selepas seorang pegawai polis Afghanistan secara tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah mereka tanpa sebab Jumaat, 4 April lalu.

KABUL: Wartawan agensi berita AP, Kathy Gannon yang cedera parah terkena tembakan polis di sini telah diterbangkan ke Jerman untuk menerima rawatan lanjut.

Rakannya jurugambar terkenal dan penerima anugerah Pulitzer iaitu anugeraj tertinggi kewartawanan Amerika, Anja Niedringhaus telah terbunuh dalam insiden itu.

Gannon, 60, mengalami kecederaan yang serius pada bahu dan juga pergelangan tangannya dalam kejadian yang berlaku di wilayah Khost ketika dia dan Niedringhaus, 48, sedang membuat liputan tentang pilihan raya presiden Afghanistan.

Pegawai polis itu melepaskan tembakan secara tiba-tiba tanpa sebab ke arah kedua-dua wartawan tersebut yang ketika itu sedang menaiki kenderaan.

Dia kemudiannya menyerah diri dan kini masih ditahan untuk disoal siasat.

AP, Anja Niedringhaus, Kathy Gannon

Artikel Sebelum

Artikel Lain