CUALIACAN (Mexico): Ketua keselamatan bagi ketua sindiket dadah Mexico, Joaquin "Chapo" Guzman yang dipenjarakan, ditemui mati bersama tiga yang lain di Sinaloa, barat laut negara itu, kata pegawai rasmi pada Khamis. Mayat Manuel Alejandro Aponte Gomez, merupakan ketua keselamatan bagi lelaki yang dianggap sebagai ketua dadah paling berkuasa dunia sehingga ditahan pada Februari, ditemui pada Rabu di sebuah kawasan pembinaan bahan perniagaan di Elota, Sinaloa. Tiada seorang pun tampil untuk menuntut mayatnya dan pendakwa di Sinaloa, Marco Antonio Higuera Gomez enggan mengulas mengenai bagaimana kematian Aponto Gomez. Sumber di pejabat pendakwa berkata, Aponte Gomez membantu Guzman mengelakkan diri dari ditahan dalam beberapa siri serbuan sebelum dia akhirnya tertangkap di Mazatlan di pantai Pasifik. Dia kini ditahan di dalam penjara dengan hukuman maksimum. Sebagai ketua penyeludupan dadah di Sinaloa, yang terbesar di Mexico, Guzman merupakan pengeksport utama dadah jenis kokain dan marijuana ke Amerika Syarikat. - AFP