suria

Gempa Bumi 7.1 Magnitud Gegar Papua New Guinea

Imej yang disediakan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan lokasi gegaran dengan ukuran 7.1 magnitud yang melanda Papua New Guinea. Foto EPA
SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 7.1 magnitud menggegarkan Papua New Guinea pada Jumaat, diikuti gegaran 6.7 magnitud, kata pegawai rasmi Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tiada amaran Tsunami di Lautan Pasifik dikeluarkan.

Kajian Geologi AS (USGS) berkata, gempa pertama itu berlaku dengan 7.3 magnitud, yang melanda 57 kilomter dari bandar Pangua di kepulauan gunung berapi Bougainville.

Gegaran kedua itu berlaku sejam kemudian, kira-kira 96 kilometer daro Panguna, kata USGS.

Pusat sainsgeo Australua menganggarkan gempa pertama dengan kiraan 7.4 magnitud, dengan mengatakan bahawa gegaran itu melanda dekat Kepulauan Solomon, yang dipercayai berada dalam lingkungan kawasan lemah gempa bumi.

"Ia mungkin satu gegaran kuat menggegarkan kepulauan itu, dan kemungkinan adanya beberapa kerosakan," kata David Jepsen dari Pusat Sainsgeo Australia kepada AFP.


Artikel Lain