JINDO: Naib pengetua sekolah yang terselamat daripada insiden feri karam di perairan Korea Selatan dengan beratus-ratus pelajarnya masih hilang, ditemui mati dipercayai membunuh diri. Polis tempatan di Pulau Jindo berkata, mayat Kang Min-Kyu, 52, ditemui berdekatan gimnasium yang menempatkan ahli dan waris keluarga 268 orang yang masih belum ditemui sejak tragedi itu, Rabu lalu. "Punca sebenar kematiannya masih disiasat," kata seorang pegawai polis. Agensi berita Yonhap memetik polis sebagai berkata, mangsa ditemui tergantung di sebatang pokok dipercayai membunuh diri.