suria

Gempa Bumi 7.2 Magnitud Gegar Mexico

ACAPULCO: Gempa bumi kuat berukuran 7.2 magnitud menggegar bahagian tengah dan selatan Mexico awal pagi Sabtu, menyebabkan penduduk cemas dan bertempiran lari  untuk menyelamatkan diri.

Kejadian itu menyebabkan dinding rumah runtuh dan keretakan teruk di beberapa bangunan.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan atau kematian diterima.

Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan dan berpusat di barat laut kawasan peranginan Pasifik, Acapulco.

Insiden tersebut berlaku ketika rakyat negara itu sedang bercuti sempena Hari Easter.

Gegaran itu turut dirasai penduduk di sekurang-kurangnya separuh daripada wilayah dan ibu negara Mexico.
gempa bumi, Mexico

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain