JINDO (Korea Selatan): Pasukan penyelam penyelamat pada Ahad menemui 10 lagi mayat mangsa feri karam di Korea Selantan empat hari lalu, kata pengawal pantai. "Sebanyak 10 mayat lagi baharu sahaja ditemui. Angka kematian kini mencecah 46 orang," kata jurucakap pengawal pantai kepada AFP. Jurucakap itu bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut, tetapi agensi berita Yonhap berkata, sepuluh mayat itu terdiri daripada lapan lelaki dan dua perempuan. Kesemua mayat itu dipercayai terperangkap dalam feri Sewol seberat 6,825 tan yang karam pada Rabu lalu. Lebih 350 daripada 476 orang yang berada di dalam feri merupakan pelajar dari sekolah tinggi di bandar Ansan di selatan Seoul. Hanya 174 orang diselamatkan. - AFP