suria

William, Kate Minat Muzik, Cuba Gaya DJ Di Adelaide

Kate beraksi sebagai DJ, manakala William memerhatikan isterinya dalam lawatan ke bandar yang dinamakan sempena Ratu Elizabeth II

ADELAIDE: Pewaris tahta Britain, Putera William melawat sebuah bandar di selatan Australia yang dinamakan sempena nendanya, Ratu Elizabeth II bersama isteri, Kate Middleton sambil meluangkan masa bersama golongan muda kurang bernasib baik dan mencuba bakat sebagai DJ.

Dinamakan bersempena pemegang tahta pada 1955, Elizabeth terletak di utara Adelaide yang sejak beberapa tahun berhadapan masalah pengangguran.

Menerusi lawatan itu, pasangan diraja berkenaan berkunjung ke program muzik komuniti dan taman papan luncur di mana Kata turut beraksi umpama DJ, selain melihat persembahan breakdance.

"Beliau (Kate) sungguh hebat," kata Shane Peter-sen, fasalitator bengkel kelas hip hop yang dikunjungi pasangan itu.

William ketika berbual bersama remaja di situ pula memberitahu mengenai minatnya terhadap muzik:"Saya suka muzik rock 'n' roll, klasik dan sedikit R'n'B."

Sempena lawatan itu, putera berusia 31 tahun itu bersama isterinya turut dihadiahkan papan luncur dengan lukisan kangaru bertinju khusus untuk putera mereka, George yang turut sama dalam lawatan berkenaan.

William, Kate Middleton, DJ, Elizabeth

Artikel Lain