suria

Pilihan Raya Presiden Lubnan Ditangguh Ke 7 Mei

Penyandang jawatan Presiden Lubnan, Michel Sleiman. Foto AFP

BEIRUT: Parlimen Lubnan pada Rabu gagal untuk memilih presiden, buat kali kedua dalam tempoh seminggu, membangkitkan kebimbangan bahawa jawatan itu akan terus kosong dalam ketegangan yang dirasai negara jiran Syria yang sedang bergolak dengan peperangan.

Parlimen gagal untuk mencapai jumlah korum yang diperlukan bagi mengundi seorang pengganti kepada penyandang Presiden, Michel Sleiman, selepas 

Jurucakap parlimen, Nabih Berri telah menetapkan 7 Mei sebagai tarikh baharu untuk mengadakan satu sesi parlimen, sekutu DamsyiK, blok Hezbollah enggan untuk menghadiri sesi parlimen pada Rabu.

Para timbalan berhadapan dengan pilihan antara Samir Geagea, seorang pesaing politik yang digeruni dalam kerajaan Syria, dan sekutunya Hezbollah, dan Michel Aoun, yang kembali untuk pergerakan puak Syiah di Lebanon.

Tempoh penggal Sleiman berakhir pada 25 Mei dan parlimen sehingga kini belum lagi mencari penggantinya.

Sejak beberapa tahun, pemilihan presiden di Lebanon sering dicampuri kuasa-kuasa luar, terutama Syria, yang mendominasi negara Mediterranean itu selama hampir tiga dekad.

presiden lebanon, michel sleiman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain