BANGKOK: Thailand akan menangguhkan pilihan raya umum negara itu ke tarikh baharu pada 20 Julai, kata Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Puchong Nutrawong. Beliau berkata, penangguhan itu berikutan protes di jalanan yang menyaksikan pertumpahan darah dan kemelut politik selama beberapa bulan. Nutrawong berkata, tarikh baharu pilihan raya itu mendapat persetujuan dalam rundingan bersama Perdana Menteri, Yingluck. - AFP