suria

3 Maut, Lebih 30 Tertimbus Lombong Runtuh Di Colombia

Gambar Hiasan

BOGOTA: Tiga disahkan terbunuh, manakala lebih 30 lagi dipercayai maut akibat tertimbus dalam kejadian lombong runtuh di barat Colombia, Khamis.

"Kami tiba di tempat kejadian dan membawa keluar tiga mayat, selain itu, dua lagi mangsa berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," kata Victor Claros, Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat di Negeri Cauca.

Claros berkata, usaha menemui mereka yang terselamat sukar kerana ramai lagi masih terperangkap di lombong sedalam 20 meter itu.

“Ia agak mustahil untuk sesiapa hidup di kedalaman seperti itu kerana ia ditimbusi terlalu banyak batu dan lumpur," katanya.

Katanya kejadian berlaku di lombong yang terletak di pinggir Bandar Santander de Quilichao, di mana mangsa dikatakan menggali lombong tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Colombia mempunyai lebih 14,000 lombong dengan lebih separuh diusahakan tanpa permit. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hudud Di Brunei Bermula

Artikel Lain