KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda bahagian selatan Kepulauan Fiji pada pukul 5.25 petang Ahad. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak di 856km selatan Laucala, Fiji dan 7,269km tenggara Semporna di Sabah. Bagaimanapun, jabatan itu berkata gempa itu tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami.