TRIPOLI: Ahmed Miitig, seorang ahli perniagaan, dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Libya pada Ahad selepas memenangi undi di Parlimen, kata seorang pegawai parlimen yang membuat pengumuman itu. Selepas sesi Kongres Agung Kebangsaan (GNC) yang huru-hara, Miitig pada mulanya dilaporkan hanya memperoleh 113 undi daripada 120 undi yang diperlukan di bawah perlembagaan dalam undi keyakinan. Tetapi salah seorang pegawai GNC, Salah al-Makhzoum kemudiannya berkata, Miitig sebenarnya meraih 121 undi di dalam parlimen interim yang mempunyai 185 kerusi. Ia diperoleh selepas membuat pengiraan semula, sekali gus menewaskan pencabarnya, Omar al-Hassi, yang merupakan seorang profesor di sebuah universiti. - AFP