KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 pada skala Ricther melanda Kepulauan Solomon pada 12.20 tengah hari Rabu. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di 118 km barat daya Arawa, Papua New Guinea dan 4,220 km tenggara Semporna, Sabah. Gempa itu tidak menimbulkan sebarang ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.