"Kabinet bersetuju melantik Niwattumrong Boonsongpaisan sebagai Perdana Menteri sementara," kata Timbalan Perdana Menteri, Phongthep Thepkanjana kepada pemberita di sini.
Yingluck didakwa menyalahgunakan kuasa dalam kes pertukaran Ketua Majlis Keselamatan Negara Thawil Pliensri pada 2011.
Dalam pembelaan dirinya, Yingluck menafikan menyalahgunakan kuasanya, dengan berkata beliau tidak mendapat sebarang manfaat daripada kes itu dan pertukaran itu dibuat bagi manfaat pentadbiran negara.