Tugas penting itu akan dilaksanakan Prayuth sehingga rejim baharu yang merampas kuasa Khamis menemui individu yang boleh berkhidmat untuk jawatan itu sepenuh masa.
Laporannya Bangkok Post memaklumkan pengumuman itu dibuat Majlis Keamanan dan Keselamatan Negara (NPOMC).
"Prayuth, yang juga Komander Tentera, akan bertindak sebagai perdana menteri untuk hal berkaitan pentadbiran," kata majlis berkenaan.
Susulan itu, pada Jumaat pula tentera Thailand mengarahkan semua stesen televisyen dan radio negara itu menggantung program biasa mereka dan memaparkan siaran tentera sahaja.