Beberapa penduduk berkata, mereka sering melihat gelandangan tidur di sudut dekat pintu masuk ke pangsapuri terbabit beberapa minggu lalu sebelum pancang logom tersebut dipasang.
Malah, pancang logam tersebut turut dipasang di beberapa kawasan di sekitar kota metropolitan itu.
Tindakan tersebut turut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak dengan ada di antara mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan.
"Saya rimas melihat pancang logam ini dipasang di hadapan tempat tinggal saya. Saya merasakan golongan gelandangan ini dilayan seperti binatang," katanya.
Menurut pusat kebajikan untuk golongan gelandangan Britain, Crisis, sejak tiga tahun lalu, London mencatatkan peningkatan gelandangan sebanyak 75 peratus disebabkan kemelesetan ekonomi dan pemotongan faedah perumahan.