suria

Seorang Lagi Wartawan Filipina Mati Ditembak

MANILA: Seorang penyiar radio mati ditembak di Filipina pada Isnin, kata polis, sekali gus menjadikan wartawan ketiga yang dibunuh di negara itu dalam tempoh lebih sebulan.

Seorang lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menembak Nilo Baculo, 66, dari jarak dekat di luar kediamannya di tengah bandar Calapan, kata ketua polis tempatan, Superitendan Glicerio Cansilo.

"Kami sedang menyiasat sama ada ia mempunyai kaitan dengan tugasnya, walaupun pada masa ini kita masih belum dapat membuat sebarang pengesahan," kata Cansilo kepada AFP.

Beliau berkata, Baculo pernah bertugas sebagai pengulas dan pembaca berita untuk stesen radio DWIM sehingga ia ditutup pada tahun lepas.

Menurut Jawatankuasa Melindungi Wartawan yang berpangkalan di New York, Filipina merupakan negara ketiga paling bahaya di dunia untuk petugas media, selepas Syria dan Iraq.

Filipina begitu bahaya kerana ia disifatkan sebagai "budaya yang bebas daripada hukuman", di mana individu yang berpengaruh seperti ahli politik atau ahli perniagaan boleh merancang untuk membunuh wartawan atau pengkritik yang lain tanpa rasa bimbang akan ditahan. - AFP


Nilo Baculo, penyiar radio, wartawan

Artikel Lain