Ray Lambert, 54, dipecat serta-merta selepas beliau secara tidak sengaja merosakkan panel kaca sebuah mesin layan diri ketika mahu membeli secawan kopi berharga £1 (RM4.30).
Bapa kepada tiga orang anak itu yang merupakan seorang pekerja gudang di pusat pengedaran pakaian gergasi, Matalan di Knowsley, Merseyside, diiringi pengawal keselamatan bagi meninggalkan premis berkenaan.
Matalan berkata, ia merupakan kesalahan besar kerana bertindak kasar hingga menyebabkan kerosakan teruk.
Bagaimanapun Ray enggan mengulas mengenai pemecatannya.