suria

30 Lagi Rakyat Palestin Ditahan di Tebing Barat

JERUSALEM: Tentera Israel menahan 30 lagi rakyat Palestin di Tebing Barat ketika melakukan gerakan mencari tiga remaja yang dipercayai diculik oleh Hamas, demikian menurut kenyayaan pihak tentera pada hari Khamis.

Penangkapan itu meningkatkan lagi bilangan rakyat Palestin yang ditahan iaitu kepada 280 orang sejak kumpulan remaja itu dilaporkan hilang seminggu yang lalu.

Dipercayai ada dikalangan mereka adalah ahli Pergerakan Hamas, kata kenyataan itu.

Sebelum ini tiga remaja terbabit, dua daripadanya adalah di bawah umur hilang di Tebing Barat pada 12 Jun lalu.

Israel menuduh Hamas terlibat dalam penculikan itu dan melancarkan operasi meluas melibatkan pasukan tentera bertujuan mencari remaja terbabit dan menghancurkan pergerakan itu di Tebing Barat.
Hamas, Israel, Palestin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain