suria

Nasib Ratusan Mangsa Culik Jadi Tanda Tanya

Antara mangsa culik di Nigeria yang masih gagal diselamatkan.
PEMIMPIN komuniti di Chibok, sebuah bandar di Nigeria tidak dapat menahan sebak memikirkan nasib ratusan anak penduduk di situ yang diculik dan masih gagal diselamatkan.


Ketika ditemui, airmata pemimpin yang tidak didedahkan ini mengalir semasa menyelak setiap muka surat pada fail yang penuh dengan gambar dan nama gadis yang diculik itu.

Sehingga kini, pihak polis dan tentera juga tidak berupaya mengumpulkan maklumat terperinci seperti dilakukannya.

Katanya, fail yang lengkap dengan maklumat peribadi setiap mangsa culik itu dihasilkan selepas menemubual ibu bapa mangsa culik di kalangan remaja itu.

Fail setebal 185 halaman itu mencatatkan fakta kes setiap gadis yang diculik termasuk pendidikan dan tarikh kejadian itu berlaku.

Kini beliau berazam untuk mendapatkan maklumat 19 kes penculikan yang  belum diperoleh dengan lengkap.

Selain itu, ada juga fail khusus membabitkan 53 gadis yang berjaya melarikan diri daripada penculik, Boko Haram.

"Saya menemui tiga mangsa culik itu dan ketiga-tiganya mahu menjadi doktor serta bekerja sebagai pembantu kesihatan bagi membantu masyarakat di sini," katanya.


Chibok, Nigeria, culik, Boko Haram

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan