KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku pada awal pagi Selasa di Rat Islands, Aleutian Islands, Rusia. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini Selasa, gempa bumi itu berlaku pada 5.11 pagi dan berpusat di 1,334 kilometer timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.