SEORANG pegawai kanan kerajaan dipecat serta-merta selepas dia meminta staf bawahan kokko dirinya (dukung dibelakang) ketika melawat kawasan banjir. Timbalan pengarah kerajaan bagi Parti Komunis China itu dibuang kerja selepas terdapat individu merakam gambarnya dikokko. Menurut mangsa banjir, pegawai kerajaan itu hadir untuk melawat mangsa banjir dengan memakai kasut kulit dan bergaya. "Dia kelihatan sombong dan angkuh ketika tiba untuk melawat mangsa banjir. Dia tidak mahu kasutnya basah semasa melalui kawasan banjir. "Oleh itu, dia meminta seorang staffnya untuk kokko dan membawanya melawat kawasan banjir itu," katanya. Parti Komunis China dalam satu kenyataan yang menyatakan telah memecatnya pegawai terbabit berkata, timbalan pengarah berkenaan tidak meminta dikokko tetapi telah dipelawa oleh staffnya. "Bagaimanapun perkara itu tidak sepatutnya berlaku khususnya dikalangan kakitangan kerajaan," ujarnya.