JAKARTA: Agensi bencana Indonesia pada Rabu memberi amaran bahawa jerebu akan kembali berlaku di negara jiran iaitu Malaysia dan Singapura selepas satu kebakaran besar di wilayah di tengah kawasan krisis asap tebal yang berlaku akibat pembakaran hutan di negara itu pada tahun lalu. Kebakaran berlaku di wilayah Riau, di barat kepulauan Sumatera, yang menyebabkan keadaan jerebu yang teruk di Asia Tenggara untuk lebih sedekad pada Jun tahun lepas, telah menjejaskan kehidupan seharian jutaan penduduk selain cuaca panas. Bulan Jun merupakan permulaan musim pembakaran hutan yang berlaku kerana teknik untuk pembukaan tanah yang cepaT dan murah, yang biasanya berlaku untuk perladangan kelapa sawit. Pegawai agensi bencana memaklumkan bahawa jumlah kebakaran yang berlaku di Riau meningkat secara mendadak. Menurut jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho berkata, sebanyak 366 kawasan panas atau hotspot sama ada pembakaran hutan di kawasan-kawasan yang mungkin akan berlakunya kebakaran dikesan di wilayah berkenaan pada Rabu, berbanding hanya 97 kawasan pada hari sebelumnya. "Kita mesti berjaga-jaga kerana angin bergerak ke arah timur dan timur laut. Kebarangkalian asap tebal itu menghadapi Malaysia dan Singapura adalah lebih tinggi," kata Nugroho. Pakar memberitahu bahawa fenomena cuaca El Nino diramalkan akan berlaku tahun ini sekali gus menyebabkan kebakaran hutan lebih buruk kerana keadaan lebih kering berbanding kebiasaannya. - AFP