IA merupakan saat saspens apabila seorang anggota polis cuba menarik seorang wanita yang nyaris dilanggar oleh sebuah kereta api. Kejadian umpama adegan filem Hollywood itu berlaku apabila pegawai polis Richmond, R Morales berjaya membantu menyelamatkan seorang wanita yang baring di atas landasan keretapi di Texas, dengan bunyi keretapi yang sedang bergerak laju dapat didengari dari jauh. Morales nekad menyelamatkan wanita itu yang meraung dan menangis teresak-esak dan beberapa saat kemudian, keretapi meluncur laju di hadapan mereka. Insiden pada Ahad itu berjaya dirakamkan oleh kamera yang diletakkan di atas papan pemuka kereta polis selepas beliau mendapat panggilan berhubung tindakan wanita tersebut. - metro.co.uk