BANGKOK: Pemimpin junta Thailand boleh menjadi perdana menteri dalam kerajaan yang dibentuk di bawah perlembagaan sementara yang baru dirangka tetapi perlu ditentukan oleh parlimen yang dilantik, kata penasihat undang-undang junta. Pihak tentera memerintah Thailand sejak rampasan kuasa 22 Mei lalu dan pihak penganalisis berkata Jeneral Prayuth Chan-ocha, yang mengetuai majlis ketenteraan, boleh kekal sebagai pemimpin sehingga pilihan raya yang dijangka diadakan penghujung 2015. Ditanya pada sidang akhbar berhubung piagam sementara sama ada Prayuth akan menjadi perdana menteri, Wissanu Krea-ngam, penasihat undang-undang junta berkata: "Perlembagaan membenarkannya, tapi sama ada beliau dilantik atau tidak adalah hak parlimen."