TOKYO: Sebuah gunung berapi di pesisir pantai selatan Jepun terus aktif dengan memuntahkan lahar ke laut, berdasarkan imej yang berjaya dirakamkan pada Jumaat. Nishinoshima, yang terletak kira-kira 1,000 kilometer di selatan Tokyo, bersambung dengan sebuah pulau gunung berapi kecil yang terbentuk pada November lalu. Keluasan terbaharu pulau tersebut kini berukuran 1.26 kilometer persegi, kata pengawal pantai Jepun. Imej agensi itu menunjukkan beberapa kawah di Gunung Nishinoshima memuntahkan abu setinggi 2,000 meter dan mengalirkan lahar ke laut. Nishinoshima dianggarkan berusia 10 juta tahun. - AFP