suria

Hamas Setuju Gencatan Senjata Kemanusiaan 24 Jam

Kereta kebal tentera Isareal dekat sempadan dengan Genting Gaza pada Ahad. Foto REUTERS

HAMAS bersetuju mengadakan gencatan senjata kemanusiaan selama 24 jam di Gaza menjelang Aidilfitri.

Pengumuman itu dibuat selepas Israel menyambung semula serangan ke atas Gaza.

"Ia telah dipersetujui untuk melaksanakan gencatan senjata kemanusiaan selama 24 jam bermula pukul 2 petang (1100 GMT)," jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri dalam satu kenyataan.

Seorang pegawai Israel berkata, gencatan senjata itu sedang dikaji semula.

Israel pada awalnya dilaporkan meneruskan serangan apabila gencatan senjata selama 12 jam tamat pada Sabtu selepas Israel dan pergerakan Hamas di Genting Gaza bersetuju dengan permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mahu pertempuran dihentikan seketika dalam usaha memastikan gencatan senjata jangka panjang dapat dilanjutkan.

Jumlah kematian rakyat Palestin kini melebihi seribu orang sejak sejak serangan besar-besaran dilancarkan Israel pada 8 Julai lalu.



Hamas, gencatan senjata

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain