suria

Lelaki Terselamat Selepas Terperangkap 103 Jam Dalam Penyejuk Beku

Mai Thanh Sang berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.

SEORANG pekerja kilang makanan ikan terselamat selepas terperangkap di dalam sebuah penyejuk beku selama lebih empat hari, dan terpaksa menjilat ais untuk memastikan dia terus hidup.

Mai Thanh Sang bimbang akan mati apabila dia tertimbus dengan sejumlah pek yang mengandungi filet ikan selepas rak menyimpan barangan itu roboh dan menghempapnya ketika dia bersama tiga rakannya sedang membersihkan bilik stor yang mempunyai suhu -22 darjah celsius (c).

Mengenangkan isteri dan bayinya membantu memberi semangat kepada lelaki berusia 23 tahun untuk terus hidup sementara petugas penyelamat menghabiskan masa 103 jam untuk mencarinya.

Ketika dia ditemui, Sang mengalami radang dingin, yang paling teruk dialaminya dalam kejadian itu, selepas dia diperiksa di Hospital Cho Ray di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

"Saya telah dihempap oleh ais. Saya cuba untuk menjerit tetapi tidak masuk akal. Saya berasa terlalu lapar dan saya mengalami radang dingin," katanya.

"Pada mulanya, saya fikir saya akan mati tetapi saya cuba untuk berharap. Saya mendapat semangat dengan mengenangkan isteri dan bayi saya. Saya menjilat ais tetapi cara itu sebenarnya membuat saya semakin penat," katanya.

Tiga rakan sekerja Sang terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu, manakala dia terpaksa mengoyakkan beg ikan itu.

Dr Tran Doan Doa berkata, Sang terselamat kerana memakai empat lapis kot dan topi perindungan. - metro.co.uk


penyejuk beku

Artikel Lain