SEORANG pekerja binaan "berkepala separuh" yang sebelum ini hidup dengan separuh tempurung kepala akibat kemalangan di tempat kerjanya kini kembali mempunyai bentuk kepala yang normal. Sebahagian tempurung kepala Elvis Romeo Lingurar sebelum ini pecah apabila dia terjatuh dari perancah setinggi 1.8 meter. Dia tidak mampu untuk menjalani pembedahan untuk merawat tempurung kepala dengan kos £790 (RM4,265.04). Bagaimanapun, orang ramai memberikan sumbangan berbentuk wang bagi membantunya untuk menjalani pembedahan bagi menggantikan sebahagian yang tidak mempunyai tempurung kepala itu dengan yang "tempurung kepala palsu". "Saya berasa lebih baik sekarang, terima kasih kepada Tuhan kerana mempunyai peluang kedua kepada saya. Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana bantuan mereka, dan tidak juga doktor-doktor yang menjalani pembedahan ini," kata Lingurar. Dia sebelum ini tidak dapat bekerja di Livada, utara Romania, hanya selepas satu lapisan kulih nipis melindungi bahagian otaknya. "Pembedahan itu mengambil masa lima jam. Saya tidak segera melihat cermin selepas pembedahan. Tiga hari kemudian, seorang jururawat datang untuk menukarkan balutan di kepala dan saya meminta dia untuk mengambil gambar saya untuk dihantar kepada keluarga. "Saya begitu gembira apabila melihat diri saya sendiri kerana akhirnya kembali normal," katanya. - metro.co.uk