KIEV: Sekumpulan pakar dari Belanda dan Australia bersama dengan pasukan pemerhati antarabangsa akhirnya tiba lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MA) MH17 pada Khamis selepas beberapa hari pertemburan berlaku yang menghalang mereka untuk memasuki kawasan itu. "Pemerhati-pemerhati tiba di lokasi nahas MH17 buat pertama kali sejak hampir seminggu, bersama-sama dengan empat pakar Belanda dan Australia. Menggunakan laluan baharu untuk akses (ke lokasi nahas)," kata Pertubuhan Kerjasama Dan Keselamatan Eropah (OSCE) yang bertindak memantau misi penyiasatan antarabangsa di Twitter. Pertempuran antara pasukan tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia di sekitar lokasi nahas mematahkan usaha pakar-pakar antarabangsa untuk memasuki kawasan itu bagi mencari baki mayat mangsa dan melakukan penyiasatan. "Pasukan peninjau kecil akan membuat pemeriksaan awal di kawasan tersebut," menurut satu kenyataan daripada pihak Belanda. "Mereka kini hanya melakukan peninjauan awal, supaya mereka boleh mula melakukan pencarian secepat mungkin semasa mereka ke lokasi itu kemudian," katanya. - Wires