Agensi Kebakaran Kebangsaan berkata, lima anggota bomba adalah antara yang terkorban.
Agensi berita Taiwan melaporkan anggota bomba pada mulanya berada di tempat kejadian bagi menyiasat kebocoran gas.
Selepas itu tiba-tiba berlaku letupan.
Sementara itu, rakaman video stesen penyiar ETTV Taiwan menunjukkan api marak dengan asap tebal kelihatan di udara di tengah jalan di bandar berkenaan .
Pengarah Pusat Operasi Kecemasan dan Bencana Kebangsaan, Chang Jia-juch berkata, kebocoran gas propene itu mengakibatkan kebakaran dan tidak boleh dipadam menggunakan air.
Punca kebocoran masih disiasat.