suria

Jepun Keluar Amaran Bahaya Taufan Halong

TOKYO: Agensi kaji cuaca Jepun hari ini mengeluarkan amaran peringkat tertinggi mengenai Taufan Halong yang kini menghala ke barat daya negara itu yang dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang yang sehingga kini lebih 470 penerbangan sudah dibatalkan. 

Amaran mengenai ribut petir dan hujan lebat itu yang boleh mengancam nyawa serta membawa kerosakan teruk, dikeluarkan terutama untuk daerah penempatan Mie, kira-kira 300 kilometer di barat Tokyo. 

 
“Semua pihak perlu berwaspada dengan peningkatan paras sungai, banjir dan risiko tanah runtuh di daerah kediaman Mie," kata agensi berkenaaan dalam laman webnya. 

Taufan Halong mampu mencecah kelajuan angin sehingga 180 kilometer sejam dan dijangka membadai barat daya Jepun, lewat hari ini atau awal pagi esok. 

Setakat ini, sekurang-kurangnya 473 penerbangan sudah dibatalkan berikutan kebimbangan taufan berkenaan, demikian menurut stesen penyiaran NHK.
Taufan Halong

Artikel Lain