suria

Mayat Seorang Lelaki Serta 31 Orang Ditemui Dalam Kontena

Mangsa-mnagsa disyaki pendatang asing tiba dari Zeebrugge, Belgium.

LONDON: Tiga puluh satu orang, termasuk beberapa kanak-kanak, ditemui dalam keadaan kurang sihat, diletakkan di dalam kontena penghantaran di timur England pada pagi Sabtu, kata polis. 

Seorang lelaki meninggal dunia dan yang lain sedang dirawat oleh kakitangan ambulan di tempat kejadian dan di hospital, jelas mereka dalam satu kenyataan. 

Kontena itu diisi di pelabuhan Tilbury di Essex dan kapal tersebut tiba dari Zeebrugge, Belgium. 

Tilbury, di Sungai Thames, biasanya menjadi pelabuhan untuk kargo serta kontena dan bukanlah sasaran utama pendatang asing  dari pantai selatan, seperti Dover. 

Polis Essex berkata mereka telah memulakan siasatan dan telah bekerjasama  dengan pihak imigresen serta pihak kesihatan.

England, Tilbury

Artikel Lain