suria

Kes Mayat Disumbat Dalam Beg Di Bali: Pasangan Amerika Dituduh Bunuh

Heather dan pasangannya dikatakan merancang pembunuhan ibunya yang berusia 62 tahun di Bali.
BALI: Pasangan Heather Mack dan Tommy Schaefer didakwa pada Jumaat atas tuduhan membunuh oleh polis Indonesia selepas ditahan sejak Rabu lalu.

Heather, 19, dan Schaefer, 21, didakwa membunuh ibu Heather, Sheila von Wiese-Mack sebelum menyumbat mayat wanita terbabit ke dalam beg pakaian dan menyembunyikannya dalam teksi yang diletakkan di pekarangan Hotel St. Regis di pulau peranginan itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Bali, Brig Jen Gusti Ngurah Raharja Subyakta, pertuduhan adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada saksi dan bukti di tempat kejadian.

Polis memaklumkan, pasangan berkenaan meletakkan bagasi berisi mayat wanita berusia 62 tahun itu di dalam sebuah teksi sebelum memberitahu kononnya perlu masuk semula ke hotel untuk mendaftar keluar.

Kedua-duanya yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat itu kemudian melarikan diri melalui pintu belakang.

Siasatan polis mendapati, rakaman CCTV di hotel berkenaan menunjukkan mangsa dan anak perempuannya bertengkar di lobi hotel Isnin lalu, ketika Scheafer tiba untuk menyertai mereka di Bali.

Hasil laporan bedah siasat ke atas mangsa menunjukkan, ada kesan pergelutan yang berlaku sebelum mangsa mati.

Mack, Amerika, Bali

Artikel Lain