KIEV: Kiev pada Isnin mendakwa pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine membunuh 'ramai' orang awam yang cuba meninggalkan kawasan bergolak itu dengan mengadakan serangan menggunakan kelengkapan yang disediakan oleh Moscow. "Kumpulan militan melakukan tembakan terhadap satu konvoi orang awam yang cuba menyelamatkan diri dari kawasan konflik tidak jauh dari Lugansk... menggunakan pelancar roket Grad dan senjata mortar yang diberikan oleh Rusia," kata jurucakap keselamatan Kiev, Andriy Lysenko. "Ramai yang maut, termasuk wanita dan kanak-kanak." - AFP