suria

Anak Gorila Disisihkan Ibu Diserahkan Kepada OKC

SEEKOR anak gorila diserahkan kepada Zoo Oklahoma City (OKC) selepas disisihkan ibunya.

Anak gorila seberat empat paun itu dilahirkan pada 16 Ogos lalu menunjukkan tanda-tanda tidak dijaga oleh ibunya yang diberi nama Ndjole.

"Ibu anak gorila itu diberi peluang untuk mendekati anaknya dalam tempoh 24 jam tetapi tidak menunjukkan sebarang minat terhadap anaknya. Tindakan itu dilihat akan membahayakan keselamatan anaknya," kata Dr Jennifer D'Agostino.

Kakitangan zoo terbabit bekerjasama dengan Pelan Penyelamat Spesies Gorila (SSP) untuk menjamin populasi gorila agar kekal sihat.

gorila, Zoo Oklahoma City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain