Karen Carman, 60, dari Blackpool berkata, makanan tersebut 'seolah-olah sudah dimakan oleh seseorang'.
Malah lebih mengejutkan, kuah roti bawang putih yang dipesan bersama piza tersebut turut habis dimakan.
Pengurus syarikat tersebut mendakwa kakitangannya telah menghantar pesanan yang sebenarnya tinggalan makanan seseorang secara tidak sengaja.
Karen bagaimanapun masih berang dan tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.
"Kami tidak mahu membeli sebarang makanan keluaran syarikat tersebut selepas ini. Ternyata mereka tidak mementingkan aspek kebersihan yang mampu menjejaskan kesihatan pembeli," katanya.