suria

Korea Selatan Waspada, Korea Utara Uji Peluru Berpandu

SEOUL: Korea Selatan kini dalam langkah berjaga-jaga menjelang cuti umum sempena sambutan Hari Penuaian, Isnin ini selepas Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat di luar pesisir pantai timurnya.

Panglima Tentera Korea Selatan berkata, peluru berpandu itu, yang dilancarkan dari lokasi berdekatan pelabuhan Wonson awal pagi Sabtu, disasarkan sejauh 210 kilometer sebelum terjatuh ke dalam Laut Jepun.

Ia dipercayai peluru berpandu taktikal baharu yang sedang diuji oleh Korea Utara selama beberapa minggu.

Berdasarkan jarak dan arah tujunya, peluru berpandu yang ditembak tersebut adalah sama dengan yang dilancarkan pada 14 Ogos dan 1 September lalu," kata seorang pegawai tentera.

"Tindakan Korea Utara itu bertujuan menguji peluru berpandu baharu dengan jarak lebih jauh berbanding peluru berpandu KN-02 yang ada sekarang. Peluru itu mempunyai keupayaan untuk sampai sehingga 170 kilometer jauh," katanya.

Pegawai tersebut berkata Korea Selatan sedang memantau tindakan Korea Utara itu menjelang cuti umum Chuseok, yang disambut mulai Isnin hingga Rabu. 

Korea Utara melepaskan sejumlah 111 peluru berpandu jarak dekat sepanjang 19 pelancaran setakat ini.


peluru berpandu, Korea Utara

Artikel Sebelum

Artikel Lain