WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjanji akan mengadakan serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS), termasuk serangan udara di Syria dan memperluaskan operasi di Iraq. Obama, presiden yang berharap dicatatkan dalam sejarah dalam menamatkan peperangan itu, turut berjanji untuk meningkatkan pasukan Iraq dan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada pembangkang Syria. Beliau menerusi ucapannya yang disiarkan di televisyen berkata, IS yang memancung kepala dua wartawan Amerika dan merampas beberapa kawasan di Iraq dan Syria, disifatkan sebagai satu tindakan kejam. "Mereka membunuh tahanan. Mereka bunuh kanak-kanak. Mereka menjadikan wanita sebagai hamba, merogol, dan memaksa untuk berkahwin," katanya. Obama berkata, kekejaman seperti itu hanya boleh dilakukan dengan satu tindak balas. "Matlamat kami adalah jelas, kami akan memusnahkann ISIL (Negara Iraq dan Jajahannya) melalui strategi antikeganasan yang komprehensif. "Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap ISIL di Syira, juga di Iraq," katanya.