Dalam satu kenyataan, Kementerian Hal Ehwal Luar berkata lawatan itu merupakan sebahagian daripada usaha republik itu untuk memperkukuh hubungan antara Singapura dan negeri-negeri di Malaysia, termasuk untuk mempromosi hubungan ekonomi lebih erat dan melakukan pertukaran sesama rakyat.
Masagos dijadual menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Chendering.
Beliau juga akan mengunjungi Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, selain bertemu anggota dewan perniagaan dan industri Melayu dan Cina.