suria

Panglima ATM Dikurnia Pingat Raja Thailand

Zulkifeli (kanan) menerima pingat yang disampaikan Jeneral Thanasak Patimaprakorn pada Isnin.
BANGKOK: Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada Isnin dikurnia pingat 'Knight Grand Cross (First Class) of The Most Noble Order of the Crown of Thailand'.

Raja Thailand Raja Bhumibol Adulyadej berkenan mengurniakan pingat itu, yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Komander Tertinggi Jeneral Thanasak Patimaprakorn, kepada Zulkifeli pada satu majlis di ibu pejabat Angkatan Tentera Diraja Thai di Chaeng Wattana di sini.

Pengurniaan bintang itu sebagai menghargai Zulkifeli yang banyak memainkan peranan dalam memperkukuh hubungan angkatan tentera kedua-dua negara.

Zulkifeli, yang tiba di sini Ahad, sedang dalam lawatan rasmi ke Thailand sebagai tetamu Angkatan Tentera Diraja Thai.

Beliau dijangka pulang ke tanah air pada Selasa.

Zulkifeli Mohd Zin, ATM, pingat, Thailand

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain