Dalam satu kenyataan, Agensi Alam Sekitar Negara Singapura (NEA) menyatakan kualiti udara mula mencatatkan bacaan tidak sihat daripada 10 malam tadi (Ahad) sehingga 7 pagi Isnin, kawasan paling terjejas adalah barat Singapura.
Bacaan IPU bagi tempoh 24 jam itu mencatatkan 'tahap tidak sihat' di kawasan itu pada 6 pagi.
Setakat 3 petang Isnin, kualiti udara berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 80-105.