SEORANG model membelanjakan kira-kira 30,000 pound (RM157, 535) untuk menjalani pembedahan plastik agar kelihatan cantik dan seksi. Victoria Wild dari Latvia menjalani pelbagai pembedahan termasuk tiga pembedahan untuk membesarkan payu daranya, implan bibir dan suntikan botox. Wanita berusia 30 tahun itu yang menetap di Cannes, Perancis mengakui seronok dengan perhatian orang ramai terhadapnya. "Siapa yang tidak mahu dilayan seperti anak patung. Ia amat seksi. "Orang ramai akan memandang saya dan saya suka dengan perhatian itu," katanya. Victoria berkata, dia mula melakukan pembedahan plastik sejak 2001 dengan membelanjakan 25,000 pound (RM130,807) untuk melakukan tiga pembedahan pembesaran payu dara di Hungary. Ketika berusia 25 tahun, Victoria bertemu dengan teman lelakinya, Simon yang sentiasa menyokong cita-citanya untuk kelihatan seksi.