suria

Tragedi Kerja Rumah Tak Siap

BANGKOK: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dipukul hingga mati oleh bapanya hanya kerana dia gagal menyiapkan kerja rumah diberi gurunya.


Jurucakap polis wilayah Phayao berkata, kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah Muang pada malam Isnin.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, katanya, budak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dan darah dilihat keluar dari hidung dan mulutnya.

“Tangan kirinya juga patah,” katanya.

Budak malang itu sempat dikejarkan ke Hospital Phayao dan menjalani rawatan imbasan pada kepala tetapi disebabkan kecederaannya serius, dia dirujuk kepada Hospital Chiang Rai Prachanukroh.

Bagaimanapun, budak itu disahkan meninggal dunia pagi.

Sementara itu, bapa mangsa – seorang juruteknik penyaman udara yang berusia 36 tahun mengaku mabuk ketika membelasah anaknya.

Kata jurucakap polis, lelaki terbabit berang dan tidak dapat mengawal dirinya apabila mendapati mangsa belum menyiapkan kerja rumah.
Hospital Phayao, maut, kerja rumah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain