PARIS: Syarikat gergasi aeroangkasa dari Eropah, Airbus Group pada Isnin berkata, ia telah menerima 791 tempahan untuk pesawat dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, menyaksikannya ia berada di belakang pesaing utamanya dari Amerika Syarikat (AS), Boeing. Syarikat kumpulan AS itu dilaporkan menerima 1,000 tempahan. Airbus turut menyerahkan pesawat yang lebih sedikit sebanyak 443 unit berbanding 528 unit bagi Boeing. Kebanyakan tempahan yang dibuat Airbus setakat ini pada tahun ini merupakan pesawat medium yang cekap bahan api, dengan 512 tempahan untuk A320neo, diikuti 146 tempahan A321neo. - AFP